Acqua for Life Air memberikan dan memperkasakan kehidupan.

LOKASI-LOKASI INISIATIF KAMI

Papua New Guinea

Papua New Guinea

Di Papua New Guinea, hanya 37 peratus penduduk mempunyai akses kepada bekalan air asas. Menerusi projek ‘Acqua for Life’, jurulatih yang terlatih membantu meningkatkan keyakinan diri dan pengetahuan kebersihan diri kaum wanita. Pemasangan kemudahan air dan sanitasi yang lebih baik di sekolah-sekolah di wilayah pusat telah memberi manfaat kepada ribuan kanak-kanak. Dalam tiga tahun akan datang, inisiatif ‘Acqua for Life’ akan membantu membina 72 tandas dan memasang 12 tangki air hujan untuk membantu lebih 3,500 pelajar.

tutup
Greater China

Greater China

Heinigou, yang terletak di Yunnan, merupakan destinasi pertama ‘Acqua for Life’ di China pada tahun 2012, di mana takungan air telah dibina untuk menyediakan air yang selamat kepada penduduk kampung.

tutup
Sri lanka

Sri lanka

Penduduk kampung Tampitiya mendapat manfaat daripada telaga baharu, bilik pam, tangki air, kilang penapisan dan paip yang dipangsangkan terus sehingga setiap isi rumah.

tutup
Nepal

Nepal

‘Acqua for Life’ telah membina kemudahan air dan sanitasi di pusat kelahiran dan penjagaan kesihatan di Kailali dan Bardiya, sekaligus mengurangkan kejadian penyakit bawaan air sebanyak 10 peratus dan meningkatkan tabiat kebersihan ibu baharu sebanyak 60 peratus. Dalam tiga tahun akan datang, berkat usaha murni ‘Acqua for Life’ kira-kira 5,523 wanita hamil yang melahirkan atau menjaga bayi baru lahir mereka di kemudahan penjagaan kesihatan akan mendapat manfaat daripada sesi taklimat tentang penjagaan kebersihan.

tutup
India

India

Inisiatif ‘Acqua for Life’ sedang dilaksanakan di Kolkata serta Tamil Nadu di India Selatan.

Di Kolkata, 35 peratus daripada sekolah tidak mempunyai akses kepada kemudahan air minum pada tahun 2015. Namun dalam tiga tahun akan datang, menerusi projek ‘Acqua for Life’, empat sekolah telah dilengkapi dengan sistem penapisan air, tangki simpanan air, stesen air minuman dan paip air, urinal dan tandas baharu, sekaligus membantu kira-kira 2,000 kanak-kanak.

Di negeri Tamil Nadu, selain pemasangan sistem air, penekanan juga diberikan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan ratusan guru dan pelajar tentang kepentingan pemeliharaan dan penggunaan air, kebersihan, serta penyakit.

tutup
Madagascar

Madagascar

Di daerah Manjankandriana, akses kepada air adalah sekitar 58 peratus, dengan 0 peratus kepada akses air minum. Namun, dalam tiga tahun yang akan datang, sokongan inisiatif ‘Acqua for Life’, dijangka akan menjana impak positif jangka panjang di rantau ini, berbekalkan air bersih, tandas yang sesuai dan tahap kebersihan yang baik.

tutup
Kenya

Kenya

Di Kenya, 70 peratus penduduk di kawasan pedalaman kekurangan akses kepada kebersihan asas. Di Rift Valley, ‘Acqua for Life’ sedang memasang sistem bekalan air, dan akan memberi manfaat secara terus kepada kira-kira 15,000 invididu dan kanak-kanak bersekolah.

tutup
Argentina

Argentina

‘Acqua for Life’ sedang dilaksanakan di Patagonia dan Provincia de Misiones.

Di Patagonia, loji rawatan telah dipasang menggunakan teknik osmosis terbalik untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 15,000 liter air minuman sehari, seterusnya menjamin air yang selamat untuk 1,000 orang.

Di rizab Selva Yriapu, disebabkan pemasangan pam air, sistem paip dan tangki simpanan, setiap orang boleh mendapat 100 liter air setiap hari.

tutup
Brazil

Brazil

Projek ‘Acqua for Life’ di Brazil dilaksanakan di Negeri Sao Paolo, di mana akses kepada air yang selamat telah meningkatkan keselamatan makanan, di samping meningkatkan kelestarian alam sekitar dengan meningkatkan akses petani ke teknologi dan amalan pengairan yang sesuai.

tutup
Bolivia

Bolivia

Lapan perbandaran di Lembah Cruceños telah mengisytiharkan keadaan bencana alam akibat kemarau. Sistern yang dipasang menerusi projek ‘Acqua for Life’ menyediakan bekalan air yang boleh dipercayai kepada kanak-kanak dan keluarga, dan boleh diisikan semula dengan air yang disalurkan dari tempat lain, walau bekalan air tempatan menjadi kering.

tutup
Haiti

Haiti

Untuk tahun kesepuluh berturut-turut, kecantikan Giorgio Armani terus menjadi rakan utama “Tap project” UNICEF yang dihasilkan untuk mengumpul dana bagi membekalkan air yang selamat dan bersih kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

tutup
Mexico

Mexico

Empat sekolah dari dua bandar negeri Morelos telah meraih manfaat daripada komitmen ‘Acqua for Life’ untuk menangani isu air bersih, kebersihan, dan sanitasi dalam kalangan komuniti yang paling kurang berkemampuan.

tutup
Ghana

Ghana

Hampir separuh daripada penghuni di kawasan pedalaman Ghana kini dapat menikmati akses kepada air. Berbekalkan 95 sistem pembekalan air yang dibina dalam tempoh lima tahun yang lalu, projek ‘Acqua for Live’ telah membuka lembaran baharu bagi komuniti di sana.

tutup
Senegal

Senegal

Di tiga sekolah yang berbeza di daerah Ranérou-Ferlo, sistem bekalan air dan blok tandas dengan kemudahan mencuci tangan dan pancuran minum telah dipasang. Dengan itu, kanak-kanak dapat memberikan fokus pada pendidikan mereka, dan tidak perlu lagi pergi mendapatkan air sebelum kelas bermula, yang kadangkala menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

tutup
Ivory Coast

Ivory Coast

‘Acqua for Life’ merintis usaha yang menjangkau batasan sempadan, dengan menggerudi lubang air di kampung Dohouan, berdekatan dengan Sungai Bia yang membentuk sempadan semula jadi antara Ivory Coast dan Ghana.

tutup
Argentina Bolivia Brazil Greater China Ghana Haiti India Ivory Coast Kenya Madagascar Mexico Nepal Papua New Guinea Senegal Sri Lanka
195 000 orang mendapat
manfaat
365 sistem pembekalan
air
7.7 juta Euro dilaburkan dalam air
“Air adalah satu unsur yang paling dekat dengan hati saya. Bagi saya, air bukan saja melambangkan kehidupan dan pertumbuhan semula, tetapi juga ketenangan dan ketenteraman. Akses kepada air yang bersih adalah antara cabaran terbesar pada abad ke-21.”Giorgio Armani
baca lebih lanjut

‘Acqua for Life’ dihasilkan pada tahun 2010 daripada falsafah asas: air adalah antara unsur paling penting untuk kehidupan, kerana ia memberikan dan memperkasakan kehidupan. Namun, 1 daripada 9 orang di seluruh dunia menghadapi cabaran untuk mendapat akses ke bekalan air yang bersih.

Inisiatif ‘Acqua for Life’ berfokus untuk menyediakan akses universal kepada air minum di kawasan berdepan kekurangan air. Antara nilai utamanya ialah:

clo
  • Satu pendekatan komprehensif yang komited untuk menangani masalah berkaitan air bersih, kebersihan dan sanitasi dalam komuniti yang paling kurang berkemampuan.
  • Aktiviti-aktiviti berkenaan termasuk pemasangan mata air, tandas dan pengumpulan air hujan, penapisan air, dan sistem pembersihan air.
  • Satu pendekatan yang lestari untuk mengatur projek, termasuk pendidikan tentang cara untuk mengekalkan projek dan ‘WASH’ (air, kebersihan, dan sanitasi), demi memperkasakan masyarakat setempat dan mengekalkan projek ‘Acqua for Life’ dalam jangka panjang.

Akses kepada air bersih mempunyai kesan sosio-ekonomi positif terhadap kesihatan dan kehidupan masyarakat. Menerusi pelbagai projek, ‘Acqua for Life’ bermatlamat membantu masyarakat menuntut hak mereka untuk air minum dan sanitasi.

Acqua For LifeRAKAN KAMI

Acqua for Life - Partner Unicef USA

Untuk tahun kesepuluh berturut-turut, kempen ‘Acqua for Life’ Giorgio Armani terus membantu Unicef membekalkan air minum yang bersih dan selamat kepada kanak-kanak.

Sejak tahun 2010, Giorgio Armani telah menyokong Program Sanitasi dan Kebersihan Air (WASH) Unicef di Burkina Faso, Nicaragua, Ivory Coast, Guatemala, Haiti, Tanzania, Togo dan Vietnam. Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Acqua for Life’ 2019, dana yang dikumpul digunakan untuk menyokong program WASH di Haiti.

Acqua for Life - Partner WaterAid

Pada tahun 2018, inisiatif ‘Aqua for Life’ telah memilih WaterAid untuk menyertai dua rakannya, Unicef USA dan Green Cross International disebabkan kepakaran teknikal WaterAid dalam sektor Sanitasi dan Kebersihan Air (WASH). WaterAid berusaha menyediakan air bersih, tandas yang sesuai, dan kebersihan yang baik kepada semua orang, di mana-mana sahaja untuk satu generasi. Ia kini sedang berusaha di 28 negara untuk mengubah kehidupan orang yang paling miskin dan terpinggir. Selain itu, WaterAid mempunyai kehadiran global, pendekatan kolaboratif, dan komitmen untuk mencari penyelesaian yang lestari dalam menangani krisis air di seluruh dunia.

Antara tahun 2018 hingga 2020, inisiatif ‘Aqua for Life’ sedang menyokong tiga projek WaterAid yang berfokus pada sekolah dan kemudahan penjagaan kesihatan di Madagascar, Nepal, dan Papua New Guinea.

Acqua for Life - Green Cross

Sejak 2011, ‘Acqua for Life’ telah membantu Green Cross International membina telaga, tandas, dan sinki air bagi menggalakkan kebersihan dan perlindungan alam sekitar buat komuniti yang paling kurang berkemampuan. Di samping itu, Green Cross International mengendalikan kempen kesedaran mengenai isu air setempat dan kebersihan terutamanya di sekolah, supaya kanak-kanak cakna kepentingan beberapa langkah mudah sejak peringkat awal, seperti membasuh tangan dengan sabun untuk mengelakkan penyebaran kuman. Akhirnya, bagi menjamin kelestarian projek ini, latihan tentang cara penggunaan dan pengendalian infrastruktur yang betul juga dijalankan untuk orang dewasa.

Green Cross International telah melaksanakan projek ‘Acqua for Life’ di Ghana, Ivory Coast, Senegal, China, Sri Lanka, Argentina, Bolivia, Mexico, dan Brazil. Tumpuan akan diberikan kepada Kenya, India, China, dan Argentina pada tahun 2019.

acqua for life

Acqua for life
OLEH VIVIANE SASSEN

Susulan lawatan ke projek ‘Acqua for Life’ di Madagascar pada April 2018 bersama rakan inisiatif program WaterAid, jurugambar Belanda, Viviane Sassen telah menghasilkan filem dan gambar-gambar yang menzahirkan keterujaan menuju ke arah air yang bersih. Hasil karya Viviane Sassen memanfaatkan keberkesanan dokumentari dan teknik fotografi dipentaskan (staged photography). Selain itu, visualnya yang kaya berupaya mewujudkan pelbagai tafsiran. Hasil karya ini bertujuan menangkis batasan genre serta mengatasi cabaran untuk menhubungkan fotografi, imperealisme, dan imaginasi kolonial.

ACQUA FOR LIFE DARI SUDUT PANDANGAN SEORANG AHLI SENI

armani voice

SUARA ANDA MEMPUNYAI KUASA

Kesedaran memacu keputusan dan tingkah laku. Jadi sebahagian daripada kempen ini dan gunakan kuasa suara anda untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu air, sanitasi dan kebersihan.

#ACQUAFORLIFE @ArmaniBeauty